Thursday, June 21, 2012

From Isma with love

Monday, June 18, 2012

Skype wit love..

Oh teknologi kamu sgt membantu...thanks ..walaupun jauh tak terasa sbb setiap hari boleh tgk anak2,suami...terubat rindu...

Salam brunei...

Alhamdulilah hari ni adalah hari kedua di Brunei seperti biasa layanan mereka sgt istimewa.. Pendek kata semuanya cukup..makan pun sedap2,tempat tinggal yg selesa utk kami.. Selalunya pergi dgn suami tapi kali ni suami sibuk so datang sendiri jer.. Ehh ada kawan2 yg lain antara yg ada ani maiyuni, kak salwa,abg azizul khamis, forteen, tasha akan menyusul kak rohana jalil, musly ramlee, dan ramai lagi..tak sabar nk nenghiburkan org2 di brunei....

Friday, June 15, 2012

ISMA bangga nyanyi lagu untuk TUN SITI HASMAH

ISMA bangga nyanyi lagu untuk TUN SITI HASMAH

Sofazr The Movie "Jiwa Kacau" Trailer



mempersembahkan sebuah filem komedi arahan Isma & Tauke jambu “SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU” sinopsis SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU mengisahkan sekumpulan anak muda yg menggelarkan diri mereka SOFAZR.mereka terlalu sibuk dengan pertunjukkan pentas sehingga pada suatu hari mereka mengadu kepada pengurus mereka iaitu Zack(Zul2by2)bahawa mereka kepenatan dan Zack telah membeli ubat tradisional dari Pak Mastur(Hamdan Senario) dengan harapan dpt mengubati keletihan mereka.tetapi malangnya setelah mereka meminum ubat tersebut mereka telah pun hilang ingatan serta mengganggu ketenteraman awam dan mengakibatkan mereka di hantar ke Pusat pemulihan yg di beri nama “Pusat pemulihan jiwa kacau”di sinilah mereka berjumpa dengan Apong(saiful Apek),kudin(Yassin Senario),Remy(Tauke Jambu),Bob(Jepp Sepahtu),Ar Badul(Dr Bada),Pak Abu(Hamid Ghurka)Atendan Kulai(Mamat sepah),Atendan Ilya(ilya Senario),wak herman(Herman tino) dan ramai lagi bermacam-macam peristiwa dan kekecohan yang berlaku sepanjang mereka di pusat pemulihan jiwa kacau ini..Zack dan Wangi(Leez AF) berusaha untuk mencari ubat bagi mengembalikan ingatan mereka adakah mereka semua Berjaya di pulihkan? Sama-sama kita nanti kan kemunculan filem ini yang bakal di tayangkan serentak di seluruh Negara pada 27hb September 2012.

Dewi cinta-Adira OST "Dewi Cinta"



ok hari ni nk cerita tentang lagu terbaru dari Adira ..lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya Mohd Atlas.Mohd Atlas adalah orang yang bertanggungjawab menghasilkan lagu-lagu untuk artis Global record dan kini mula mengorak langkah ke hadapan dengan mencipta lagu-lagu untuk artis terkenal tanahair.Dan selepas Adira akan menyusul Saida Af,Ayu OIAM,Tomok,Keroz,Sofazr,Emma Af dan ramai lagi.Kesungguhan Mohd Atlas menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti dan terbaik harus di puji dan dalam masa yang sama memberi peluang dan ruang kepada artis untuk mempunyai lagu sendiri.Setiap lagu yang di cipta di susun dengan baik oleh orang kuat di sebalik Mohd Atlas iaitu saudara Zimi Sofazr,Zul2by2 dan keroz untuk memastikan kualiti lagu yang di hasilkan Mohd atlas menggunakan juga khidmat pemuzik dan pengarah muzik berkaliber seperti Eddie Marzuki dan ramai lagi.setiap lagu di sesuaikan dengan karekter suara masing-masing dan ini di buktikan dengan lagu balada,pop rock,dangdut,asli,etnik kreatif dan irama malaysia di hasilkan dengan kualiti yang sangat baik.
Lagu "Dewi Cinta" ini diilhamkan dari idea Mohd Atlas sendiri dan di realisasiskan dalam bentuk naskah maka terhasilah skrip filem bertajuk "Dewi Cinta" jiwa dan rasa dari filem itu di luahkan di dalam lagu ini.Adira berjaya menjiwai lagu ini dan vokalnya di persembahkan dengan baik sekali.Dan nantikan "cinta ini" sebuah lagi lagu dari nukilan rasa Mohd Atlas juga di nyanyikan oleh Adira..kepada anda semua saksikan di sebalik tabir sepanjang proses rakaman suara oleh Adira...selamat menonton-Isma AF

Sofazr The Movie "Jiwa Kacau" Trailer-


 saksikan filem ini pada 27hb september 2012 di pawagam berhampiran anda...

Tuesday, June 5, 2012

sinopsis "SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU" di pawagam 27hb september 2012

mempersembahkan sebuah filem komedi arahan Isma & Tauke jambu “SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU” sinopsis SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU mengisahkan sekumpulan anak muda yg menggelarkan diri mereka SOFAZR.mereka terlalu sibuk dengan pertunjukkan pentas sehingga pada suatu hari mereka mengadu kepada pengurus mereka iaitu Zack(Zul2by2)bahawa mereka kepenatan dan Zack telah membeli ubat tradisional dari Pak Mastur(Hamdan Senario) dengan harapan dpt mengubati keletihan mereka.tetapi malangnya setelah mereka meminum ubat tersebut mereka telah pun hilang ingatan serta mengganggu ketenteraman awam dan mengakibatkan mereka di hantar ke Pusat pemulihan yg di beri nama “Pusat pemulihan jiwa kacau”di sinilah mereka berjumpa dengan Apong(saiful Apek),kudin(Yassin Senario),Remy(Tauke Jambu),Bob(Jepp Sepahtu),Ar Badul(Dr Bada),Pak Abu(Hamid Ghurka)Atendan Kulai(Mamat sepah),Atendan Ilya(ilya Senario),wak herman(Herman tino) dan ramai lagi bermacam-macam peristiwa dan kekecohan yang berlaku sepanjang mereka di pusat pemulihan jiwa kacau ini..Zack dan Wangi(Leez AF) berusaha untuk mencari ubat bagi mengembalikan ingatan mereka adakah mereka semua Berjaya di pulihkan? Sama-sama kita nanti kan kemunculan filem ini yang bakal di tayangkan serentak di seluruh Negara pada 27hb September 2012. Senarai pelakon “SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU” 1. Ameer Sofazr 2. Zimi sofazr 3. Fairuz sofazr 4. Syah sofazr 5. One sofazr 6. Rody sofazr 7. Tauke Jambu-Remy 8. jepp Sepahtu-Bob 9. Apong:Saiful Apek 10. Yassin Senario-Kudin 11. AR Badul: Dr Bada 12. Pak Abu:Hamid Ghurka 13. Wangi: Leez AF 14. Zack: Zul2by2 15. Zulkifli Zain: Doktor Zul 16. Adda Butterfly:Jururawat cantik 17. Dina Nadzir:Jururawat dina SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU • Penerbit eksekutif: Mohd Atlas • Penerbit: Ismaliza Ismail • Pengarah: Isma & Tauke jambu • Penulis skrip:Mohd Atlas & Tauke • Syarikat penerbitan: Nusanbakti corporation sdn bhd • Pengarah fotografi:Acai • Pengarah sinematografi:Acai • Pengarah seni:rustam • Penyunting: Lutfi • Pengarah muzik:Zimi sofazr • Penolong pengarah:Lutfi • Pengurus produksi:zulkefli majid Lagu –lagu OST “SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU” “Maaf Dari hati” Lagu: Mohd Atlas Lirik:Mohd Atlas Artis: SOFAZR Album:Sofazr” Maaf dari hati “ Terbitan:Global record Sdn Bhd “Terasa Di Syurga” lagu: Mohd Atlas lirik: Mohd Atlas Artis: SOFAZR Album: Sofazr “Maaf dari hati” Terbitan:Global Record sdn bhd “Jiwa Kacau” Lagu: Mohd Atlas Lirik: Mohd Atlas Artis: SOFAZR Album:Sofazr “Maaf dari hati” Terbitan:Global record sdn bhd “Padan Muka” Lagu:Mohd Atlas Lirik: Mohd Atlas Artis: SOFAZR Album:Sofazr “Maaf dari hati” Terbitan:Global record Sdn Bhd “SUE” lagu:Mohd Atlas Lirik:Mohd Atlas Artis: SOFAZR Album: Sofazr “Maaf dari hati” Terbitan : Global record sdn bhd “Kahwin hutang” lagu:Mohd Atlas lirik:Mohd atlas Artis:Sofazr Album: sofazr “maaf dari hati” Terbitan :Global record sdn bhd