Wednesday, July 10, 2013

pheeewiiitttt awal nyer lagu raya

Assalammualaikum....apa khabar semua...awal giler lagu raya di blog ku ini ..bukan apa biasalah kalau setahun sekali update kan ehehh so bio lah lagu raya jer ...jgn lupa ramadhan ni isma dan sri mawar akan perform di riverside PWTC sampailer % hari sebelum raya ..jemput datang semua...

Tuesday, July 2, 2013

Filem HELLO

NUSANBAKTI CORPORATION mempersembahkan “HELLO” …Inginku mengenalmu… TAJUK : ”HELLO” Terbitan : Nusanbakti Corporation TENAGA PRODUKSI Penerbit : Ismaliza Ismail : Zulkifli Majid Pengarah : A.R Badul Pen. Pengarah : Natasya Nasir Konti : Haziq Armaya Propmaster : Mohd Faiz Yahya Propman : Al-Alif Peng. Produksi : Kamisah Hj Abd Manap Pen. Peng. Produksi : Make up : Mohd Azri Hj Samad Wardrobe : Fauziah Naseer : Shah Yusof : Patmawati Nasir D.O.P : Jurukamera : Husaini Yatim Pen. Jurukamera : Gaffer : Peya Muniandy Asst Gaffer : Magendran Teknikal : Faizal HIzam Sampol : Chin / Rahim Boom : Jurugegas : Mohd Izwan Zaini Handy : Wan Shakir Wan Rahim WATAK/ PELAKON Fizo Omar sebagai Dr.Shafiq Dayana sebagai Misha Tauke sebagai Aki Along Cham sebagai Ako Angah sebagai Awang Herman Tino sebagai Pak Man Dina Nadzir sebagai Ani sebagai Mak Jah Acong Sweetchild sebagai Hafiz Nusanbakti Corporation Sdn.bhd kini muncul dengan wajah baru kembali ke lokasi penerbitan Filem seterusnya berjudul ”HELLO”. ”HELLO” adalah Filem Romantik Komedi yg mengisahkan warna warni perjalanan hidup percintaan yang menerapkan pelbagai unsur – unsur positif dan aksi-aksi jenaka sebagai satu pelengkap agenda kehidupan. Filem ini juga merupakan satu idea yang cuba diketengahkan sebagai medium untuk memaparkan kisah kehidupan masyarakat yang berlaku dewasa kini yang penuh dengan warna-warni. Filem yang berbentuk Romantik Komedi ini akan memulakan pengambaran di sekitar Tanjung Karang bermula 2 November ini. Lokasi seterusnya di Pulau Langkawi dan di sekitar Lembah Klang. ”Hello” bakal diarahkan oleh A.R Badul yang telah mengarahkan beberapa Filem dan Drama komedi popular. Filem ini akan membariskan pelakon-pelakon seperti Fizo Omar, Dayana (Anak Wayang), Along Cham (Raja Lawak), Angah (Raja Lawak), Tauke (Raja Lawak), Nas Adila AF7, Herman Tino dan ramai lagi. Selain mengetengahkan bakat-bakat dan kreteria baru, produksi ini cuba menitik beratkan pelbagai aspek terutamanya dari segi kualiti penghasilannya. Nusanbakti Corporation sentiasa menginginkan idea-idea baru dalam setiap penghasilan filemnya. Dalam penerbitan Filem khasnya, Nusanbakti Corporation cuba mengetengahkan konsep-konsep yang dapat diterima masyarakat selain mendapat ’rating’ tertinggi dan sekaligus dapat membawa Filem ini seiring dengan Filem-filem popular tanah air.