Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan - solat tarawikh sendirian di rumah .😊

Assalammualaikum..salam Ramadhan buat semua .. Semoga Ramadhan kali ni memberi seribu keberkatan buat kita .. Ada sedikit perkongsian yg boleh kita kongsi bersama .. Sumber dari internet
SOLAT TARAWIKH SENDIRIAN DI RUMAH DAN SOLAT SUNAT WITIR 
😊😊
Tambahan.. Cara Solat Sunat Terawih Bersendirian Di Rumah


Niatnya  :


أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى


“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”


Bilangan rakaat suka hati.. buatlaa yang termampu.  Kalau mama buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.


Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.  

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

NOTA:

Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)

 SOLAT SUNAT WITIR


Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. 

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"




Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat


أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"




Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ


Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :



Doa Solat Witir


 

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Salam Ramadhan buat semua .. 
Alhamdulillah syukur ❤️❤️

Friday, June 12, 2015

Ramadhan .. Isma & Sri Mawar

Alhamdulillah .. Xlama lagi Ramadhan bakal menjelma ... Ya Allah rindunya .. :-) seperti biasa tahun ni Isma akan bersama kumpulan Asli Sri Mawar akan berada di PwTC menghiburkan pengunjung yg berbuka puasa di sana .. Jemput dtg ya .. Lebih 250 hidangan di sediakan di mana 90 % adalah hidangan melayu. So far PwTC antara tempat yg terkenal dgn keenakkan masakannya .. Mai lah cuba .. Rm80 utk dewasa rm30 utk kanak2 dan rm40 utk warga emas .. 

Wednesday, June 10, 2015

Lamanya x update...

Aduhai .. Lamanya kita x update blog ni habih bersarang.. Jap lagi nak sapu2 ,lap habuk kat sini hahaha... 
Bukan busy apepun .. Kekadang malas nak buka blog .. N x tau nak tulis ape kan.. 
Aktiviti seni masih berjalan seperti biasa .. Undangan menyanyi masih ada.. Cuma jarang lagi di TV uolss .. Haahah 
Apapun kita happy dgn rezeki yg ada di alhamdulillah .. Oh ya nanti kita update cd lagu2 dari album juwita malam yang baru jek kita keluarkan .. Ada 16 lagu lama dan semuanya adalah pilihan Kita sendiri.. Nanti sambung ya.. Tataaaaa.. 

Tuesday, January 28, 2014

projek My Pramlee Tanya sama Hati



Projek My Pramlee Tanya Sama Hati-sebelum PC bergambar dulu

Projek My Pramlee Tanya Sama Hati


sessi latihan -Projek My Pramlee Tanya Sama Hati

Projek My Pramlee Tanya Sama Hati

"haaa mari mari beli ini ubat"Projek My Pramlee Tanya Sama Hati

"hai obat hai obat mari beli obat"-Projek My Pramlee Tanya Sama Hati

"malam bulan di pagar bintang"Projek My Pramlee Tanya Sama Hati







nantikan kami -Projek My Pramlee Tanya Sama Hati

21-23hb feb Projek My Pramlee Tanya Sama Hati







Add caption



Monday, January 27, 2014

Projek MY Pramlee Tanya Sama Hati 21-23hb Feb 2014



Alhamdulillah syukur ...akhirnya impian utk ke pentas teater menjadi kenyataan.Terima kasih kepada triple eight production yg sudi mengundang isma utk bersama-sama di dalam teater ni.sedikit info mengenai teater ini ..


MY P.RAMLEE BAWA KONSEP BROADWAY UNTUK TANYA SAMA HATI

KL, 28 Jan 2014: Legasi yang ditinggalkan seniman agung Tan Sri P Ramlee adalah harta yang cukup berharga dan berguna dimana ia tidak akan boleh dinilaikan malah dibandingkan dengan apa pun termasuklah wang ringgit.
Jika bukan kerana lahirnya anak seni berbakat ini, tiadalah warisan berharga yang kini terus menjadi inspirasi buat sesiapa sahaja yang bijak menilainya. Tidak pernah luput dari ingatan, setiap karya hasilan beliau iaitu filem dan lagu yang dicipta terus segar di minda semua generasi yang membesar dengan karya-karya agungnya itu.
Tampil dengan idea tersendiri, gabungan diantara kelompok pejuang seni terdiri daripada Fusion Bangsa Play Group, Triple Eight Production dan Persatuan Alumni Aswara bakal menerbitkan sebuah projek teater yang diilhamkan menerusi projek My P Ramlee yang berjudul Tanya Sama Hati.
Teater muzikal dibawah projek My P Ramlee, iaitu satu projek yang diasaskan untuk mengembangkan lagi karya-karya agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee akan dijayakan oleh para pemain terkenal tempatan di Auditorium DBKL Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 Februari ini.
Antara yang terlibat dalam usaha murni ini termasuklah Sheila Mambo, Datuk Tarmimi Siregar, Danish Zakwan, Shahira Amira, Isma AF7, Tan Yoon Lyn, Razib Din dan dimeriahkan lagi dengan dukungan oleh kumpulan Sayang Dancer serta para graduan fakulti teater Aswara bagi pementasan berunsur muzikal itu.
Pementasan teater Tanya Sama Hati merupakan salah satu daripada enam aktiviti yang telah direncanakan dibawah projek My P Ramlee dan ia telah dicetuskan oleh Manja Liza Abd Rahman, yang juga penulis skrip Projek My P Ramlee.
“Saya sering terlibat dalam pementasan daripada produksi luar yang berkonsepkan broadway dan tercetus di fikiran mengapa kita tidak cuba untuk menghasilkan pementasan dalam konsep yang sama tetapi dengan identiti kita sendiri.
“Idea menampilkan babak-babak daripada filem arahan P Ramlee sudah semestinya kerana daripada kecil saya menonton dan membesar dengan karya agung beliau yang pastinya turut menjadi inspirasi untuk masyarakat dizaman ini,”ujarnya yang ditemui ketika majlis perlancaran serta sidang akhbar bagi projek My P Ramlee di Finas Petaling Jaya baru-baru ini.
Tanya Sama Hati berkisarkan tentang sepasang suami isteri menerima kehadiran cucu angkat mereka ketika musim cuti sekolah. Kisah terjadi apabila Pak Li ( atuk ) dan Mak Midah ( nenek ) menceritakan kisah-kisah dalam filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee kepada cucu mereka yang hidup dalam keadaan serba moden dan tidak mengenali siapa P Ramlee dan karyanya-TQ MURAI.COM.
terima kasih KOSMO 



Projek MyPramlee Tanya Sama Hati

MY P.RAMLEE BAWA KONSEP BROADWAY UNTUK TANYA SAMA HATI

KL, 28 Jan 2014: Legasi yang ditinggalkan seniman agung Tan Sri P Ramlee adalah harta yang cukup berharga dan berguna dimana ia tidak akan boleh dinilaikan malah dibandingkan dengan apa pun termasuklah wang ringgit.
Jika bukan kerana lahirnya anak seni berbakat ini, tiadalah warisan berharga yang kini terus menjadi inspirasi buat sesiapa sahaja yang bijak menilainya. Tidak pernah luput dari ingatan, setiap karya hasilan beliau iaitu filem dan lagu yang dicipta terus segar di minda semua generasi yang membesar dengan karya-karya agungnya itu.
Tampil dengan idea tersendiri, gabungan diantara kelompok pejuang seni terdiri daripada Fusion Bangsa Play Group, Triple Eight Production dan Persatuan Alumni Aswara bakal menerbitkan sebuah projek teater yang diilhamkan menerusi projek My P Ramlee yang berjudul Tanya Sama Hati.
Teater muzikal dibawah projek My P Ramlee, iaitu satu projek yang diasaskan untuk mengembangkan lagi karya-karya agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee akan dijayakan oleh para pemain terkenal tempatan di Auditorium DBKL Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 Februari ini.
Antara yang terlibat dalam usaha murni ini termasuklah Sheila Mambo, Datuk Tarmimi Siregar, Danish Zakwan, Shahira Amira, Isma AF7, Tan Yoon Lyn, Razib Din dan dimeriahkan lagi dengan dukungan oleh kumpulan Sayang Dancer serta para graduan fakulti teater Aswara bagi pementasan berunsur muzikal itu.
Pementasan teater Tanya Sama Hati merupakan salah satu daripada enam aktiviti yang telah direncanakan dibawah projek My P Ramlee dan ia telah dicetuskan oleh Manja Liza Abd Rahman, yang juga penulis skrip Projek My P Ramlee.
“Saya sering terlibat dalam pementasan daripada produksi luar yang berkonsepkan broadway dan tercetus di fikiran mengapa kita tidak cuba untuk menghasilkan pementasan dalam konsep yang sama tetapi dengan identiti kita sendiri.
“Idea menampilkan babak-babak daripada filem arahan P Ramlee sudah semestinya kerana daripada kecil saya menonton dan membesar dengan karya agung beliau yang pastinya turut menjadi inspirasi untuk masyarakat dizaman ini,”ujarnya yang ditemui ketika majlis perlancaran serta sidang akhbar bagi projek My P Ramlee di Finas Petaling Jaya baru-baru ini.
Tanya Sama Hati berkisarkan tentang sepasang suami isteri menerima kehadiran cucu angkat mereka ketika musim cuti sekolah. Kisah terjadi apabila Pak Li ( atuk ) dan Mak Midah ( nenek ) menceritakan kisah-kisah dalam filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee kepada cucu mereka yang hidup dalam keadaan serba moden dan tidak mengenali siapa P Ramlee dan karyanya.
TQ:MURAI.COM


jangan lupa semua 21-23hb Feb 2014 di panggung DBKL