Friday, June 15, 2012

Dewi cinta-Adira OST "Dewi Cinta"



ok hari ni nk cerita tentang lagu terbaru dari Adira ..lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya Mohd Atlas.Mohd Atlas adalah orang yang bertanggungjawab menghasilkan lagu-lagu untuk artis Global record dan kini mula mengorak langkah ke hadapan dengan mencipta lagu-lagu untuk artis terkenal tanahair.Dan selepas Adira akan menyusul Saida Af,Ayu OIAM,Tomok,Keroz,Sofazr,Emma Af dan ramai lagi.Kesungguhan Mohd Atlas menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti dan terbaik harus di puji dan dalam masa yang sama memberi peluang dan ruang kepada artis untuk mempunyai lagu sendiri.Setiap lagu yang di cipta di susun dengan baik oleh orang kuat di sebalik Mohd Atlas iaitu saudara Zimi Sofazr,Zul2by2 dan keroz untuk memastikan kualiti lagu yang di hasilkan Mohd atlas menggunakan juga khidmat pemuzik dan pengarah muzik berkaliber seperti Eddie Marzuki dan ramai lagi.setiap lagu di sesuaikan dengan karekter suara masing-masing dan ini di buktikan dengan lagu balada,pop rock,dangdut,asli,etnik kreatif dan irama malaysia di hasilkan dengan kualiti yang sangat baik.
Lagu "Dewi Cinta" ini diilhamkan dari idea Mohd Atlas sendiri dan di realisasiskan dalam bentuk naskah maka terhasilah skrip filem bertajuk "Dewi Cinta" jiwa dan rasa dari filem itu di luahkan di dalam lagu ini.Adira berjaya menjiwai lagu ini dan vokalnya di persembahkan dengan baik sekali.Dan nantikan "cinta ini" sebuah lagi lagu dari nukilan rasa Mohd Atlas juga di nyanyikan oleh Adira..kepada anda semua saksikan di sebalik tabir sepanjang proses rakaman suara oleh Adira...selamat menonton-Isma AF

2 comments:

  1. bila nak tygkn dsblik tbir lagu cinta ini plak kak isma? adkh lgu ini sdh drakam?? xsabar la hehe

    ReplyDelete
  2. slm k.isma..bile filem dewi cinta nk kuar?? siapa plakon yg berlakon dlm citer tu?? cm best jer!!

    ReplyDelete