Monday, August 27, 2012

rombongan artis Bran dan Sejarah Beruas Perak

asslamamualikum..pada syawal ke 6 kelmarin,Isma dan rakan -rakan artis lain berpeluang ke Beruas Perak sempena jamuan aidilfitri dan kedatangan kami di sambut dengan meriah sekali .terima kasih warga Beruas.dan kami juga mengambil kesempatan dengan melawat kawasan-kawasan bersejarah di sana.Dan di antaranya ialah Sejarah Beruas.rupanya bnyk yg kita tak tahu mengenai Beruas .terima kasih kepada Dato Ac,Datin Emylia,dan juga kerajaan negeri Perak yg telah membawa kami untuk mengetahui dgn lebih dekat Sejarah beruas.Dan sempena tahun melawat Perak saya menyokong supaya Beruas dapat di perkenalkan ke seluruh malaysia supaya generasi baru mengenali Beruas dan sejarahnya dengan lebih dekat.Sejarah Beruas Perak.mengikut buku sejarah perak karangan Tun Seri Lanang ,Beruas yg terletak kira-kira 48 kilometer dari lumut Perak di buka oleh Raja Acheh,Malik Al MAnsur pada kurun ke 15 selepas di usir dari istana kerana di percayai melakukan perbuatan sumbang.setelah penat belayar akhirnya rombongan Malik Al MAnsur sampai dan berehat di bawah pokok yang di kenali dengan nama Beruas.Bermual dari sinilah Beruas mendapat namanyaMengikutcatatan sejarah ,di sini terletaknya pusat pentadbiran dua kerajaan lama berusia ratusan tahun lalu ,iaitu kerajaan Melayu beruas dan Gangga Negara.Malahan menurut pengkaji sejarahkedua-dua kerajaan Agung yang bertapak kira-kira 600 tahun dahulu di percayai telah wujud lebih awal lagi daripada kerajaan melayu melakaKewujudan Kerajaan Melayu Beruas dan Gangga Negara itu boleh di lihat berdasarkan kesan sejarah peningglannya yang masih wujud di beberapa kawasan sekitar Beruas malah banyak artifak purba di temui penduduk Kesan tinggalan itu juga menujukkan pusat pentadbiran kerajaan Beruas terletak di kampung kota,kira-kira 3 kilometer dari pekan beruas.Selain itu Kampung Kota ini juga di kenali sebagai Kota Kulit Kerang yang mana di situlah terdapatpintu gerbang Kerajaan Melayu Beruas yang di lengkapi kota yang di bina dari tanah bercampur kulit kerang.Kota kulit kerang ini juga di katakan sebagai lokasi kerajaan purba Beruas yang wujud sezaman dengan Melaka.info dari: Pejabat Ketua Penerangan Negeri Perak

No comments:

Post a Comment