Monday, January 27, 2014

Projek MyPramlee Tanya Sama Hati

MY P.RAMLEE BAWA KONSEP BROADWAY UNTUK TANYA SAMA HATI

KL, 28 Jan 2014: Legasi yang ditinggalkan seniman agung Tan Sri P Ramlee adalah harta yang cukup berharga dan berguna dimana ia tidak akan boleh dinilaikan malah dibandingkan dengan apa pun termasuklah wang ringgit.
Jika bukan kerana lahirnya anak seni berbakat ini, tiadalah warisan berharga yang kini terus menjadi inspirasi buat sesiapa sahaja yang bijak menilainya. Tidak pernah luput dari ingatan, setiap karya hasilan beliau iaitu filem dan lagu yang dicipta terus segar di minda semua generasi yang membesar dengan karya-karya agungnya itu.
Tampil dengan idea tersendiri, gabungan diantara kelompok pejuang seni terdiri daripada Fusion Bangsa Play Group, Triple Eight Production dan Persatuan Alumni Aswara bakal menerbitkan sebuah projek teater yang diilhamkan menerusi projek My P Ramlee yang berjudul Tanya Sama Hati.
Teater muzikal dibawah projek My P Ramlee, iaitu satu projek yang diasaskan untuk mengembangkan lagi karya-karya agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee akan dijayakan oleh para pemain terkenal tempatan di Auditorium DBKL Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 Februari ini.
Antara yang terlibat dalam usaha murni ini termasuklah Sheila Mambo, Datuk Tarmimi Siregar, Danish Zakwan, Shahira Amira, Isma AF7, Tan Yoon Lyn, Razib Din dan dimeriahkan lagi dengan dukungan oleh kumpulan Sayang Dancer serta para graduan fakulti teater Aswara bagi pementasan berunsur muzikal itu.
Pementasan teater Tanya Sama Hati merupakan salah satu daripada enam aktiviti yang telah direncanakan dibawah projek My P Ramlee dan ia telah dicetuskan oleh Manja Liza Abd Rahman, yang juga penulis skrip Projek My P Ramlee.
“Saya sering terlibat dalam pementasan daripada produksi luar yang berkonsepkan broadway dan tercetus di fikiran mengapa kita tidak cuba untuk menghasilkan pementasan dalam konsep yang sama tetapi dengan identiti kita sendiri.
“Idea menampilkan babak-babak daripada filem arahan P Ramlee sudah semestinya kerana daripada kecil saya menonton dan membesar dengan karya agung beliau yang pastinya turut menjadi inspirasi untuk masyarakat dizaman ini,”ujarnya yang ditemui ketika majlis perlancaran serta sidang akhbar bagi projek My P Ramlee di Finas Petaling Jaya baru-baru ini.
Tanya Sama Hati berkisarkan tentang sepasang suami isteri menerima kehadiran cucu angkat mereka ketika musim cuti sekolah. Kisah terjadi apabila Pak Li ( atuk ) dan Mak Midah ( nenek ) menceritakan kisah-kisah dalam filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee kepada cucu mereka yang hidup dalam keadaan serba moden dan tidak mengenali siapa P Ramlee dan karyanya.
TQ:MURAI.COM


jangan lupa semua 21-23hb Feb 2014 di panggung DBKL

1 comment: