Ok hari nk share ngan korang mcmana cara nk buat kek coklat lava yg selalu ada kat restoran kat luar tu.. Anak2 mmg suka so hari ni mmg plan nak buat.. Pi jer kedai kek dia ada dah tepung kek khas utk buat coklat lava harga rm4.50, butter tanpa garam rm7.90 telur 3biji , dark coklat (berapa bnyk mmg dah ada tulis kat plastik tepung yg kita beli tu) so seperti biasa double boiling teknik utk mencairkan coklat dah cair jer masukkan butter tinggalkan sket jer utk sapu kat acuan kecik tu nanti.. Ok kemudian bancuh tepung dan telur dan kemudian campur coklat dan butter yg dah cair tu.. Ok time ni jauhkan anak2 yer depa mmg suka mencolek bancuhan tu sbb mmg sedap hahaha.. Ok masukkan ke dalam acuan kecik tu masak pada suhu 180'c selama 15 minit... Tadaaaaa.. Dah siap sedap di hidangkan bersama aiskrim dan buah- buahan... Sesuai kalau kita nk buat dinner ngan anak beranak kat umah ... Oh ya acuan tu harga rm3.50 1 , boleh pakai lama... Modal lebih kuran rm30 setiap bancuhan boleh dpt dalam 10 acuan kecik... Selamat mencuba mmg sedap ... Ok tata...
Tuesday, October 23, 2012
Wednesday, September 19, 2012
SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU-
assalammualaikum...alhamdulillah setelah tunggu hampir setahun akhirnya filem ini bakal di tayangkan di pawagam seluruh negara pada 27hb september 2012..berdebar? yup saya sgt berdebar-debar menantikan filem ini...debaran nya seperti menunggu kelahiran cahayamata yg pertama.risau,takut,gembira dan perasaan bercampur-campur tapi syukur sgt2..setelah mengharungi pelbagai cabaran akhirnya filem ini siap,mendapat kelulusan dan tarikh tayangan..saya ,tauke,sofazr dan team berusaha keras sepanjang proses penghasilan filem ini..kami orang baru di dalam industri bertatih perlahan-lahan terkadang jatuh ,ada masa putus asa dan bangkit kembali bukan mudah menghasilkan sebuah filem..banyak pengorbanan yg harus di lakukan ..bukan saja masa dan tenaga tetapi membuat filem memerlukan usaha dan rasa cinta yang amat tinggi dan barulah kita akan enjoy..sepanjang penggambaran filem ini bila dilihat mudah,kerana ianya sebuah filem komedi ringan yg penuh dgn gelak tawa dan tanpa siapa tahu adamasa airmata saya menitis juga dek tekanan dan betapa susahnya tanggungjawab kami sebagai pengarah,suami senantiasa di sisi dan dia adalah kekuatan..Abg AR BAdul,Mohd Atlas antara individu yg banyak memberi tunjuk ajar dan memberi saya kekuatan utk menjadi peneraju team ini.Sofazr,pelakon2 lain,team produksi juga antara org2 yg bertanggungjawab menjadikan filem ini dapat di realisasikan dgn baik.Kami bekerja dgn penuh rasa tanggungjawab dan saya sangat sayangkan team sofazr the movi jiwa kacau.kami seperti keluarga di sepanjang penggambaran,masalah sama2 di pikul dan tidak di lepaskan ke atas bahu isma dan tauke saja..saya pasti bila filem ini keluar ramai akan mempertikaikan kemampuan saya dan tauke sebagai pengarah..apa yg boleh saya katakan filem ini sudahpun siap dah akan di tayangkan .samada suka atau tidak kami sudahpun mengarah filem ini..dan ini adalah permulaan ..bila agaknya kami akan bermula dan mendapat pengalaman? nah! ini dia pengalaman pertama sejarah dalam hidup kami sebagai insan seni..pohon sokongan ,teguran dan kritikan akan kami ambil sebagai pendorong utk menjadi lebih baik dan bagus di masa akan dtg.berikan peluang kepada kami yg betul2 berminat dan mendapat peluang ini.setiap orang mempunyai pandangan yg berbeza-beza dan saya sangat 2 menghormati pandangan dari semua pihak ..terima kasih uolss ..love
Tuesday, September 18, 2012
Tuesday, August 28, 2012
Monday, August 27, 2012
rombongan artis Bran dan Sejarah Beruas Perak
asslamamualikum..pada syawal ke 6 kelmarin,Isma dan rakan -rakan artis lain berpeluang ke Beruas Perak sempena jamuan aidilfitri dan kedatangan kami di sambut dengan meriah sekali .terima kasih warga Beruas.dan kami juga mengambil kesempatan dengan melawat kawasan-kawasan bersejarah di sana.Dan di antaranya ialah Sejarah Beruas.rupanya bnyk yg kita tak tahu mengenai Beruas .terima kasih kepada Dato Ac,Datin Emylia,dan juga kerajaan negeri Perak yg telah membawa kami untuk mengetahui dgn lebih dekat Sejarah beruas.Dan sempena tahun melawat Perak saya menyokong supaya Beruas dapat di perkenalkan ke seluruh malaysia supaya generasi baru mengenali Beruas dan sejarahnya dengan lebih dekat.Sejarah Beruas Perak.mengikut buku sejarah perak karangan Tun Seri Lanang ,Beruas yg terletak kira-kira 48 kilometer dari lumut Perak di buka oleh Raja Acheh,Malik Al MAnsur pada kurun ke 15 selepas di usir dari istana kerana di percayai melakukan perbuatan sumbang.setelah penat belayar akhirnya rombongan Malik Al MAnsur sampai dan berehat di bawah pokok yang di kenali dengan nama Beruas.Bermual dari sinilah Beruas mendapat namanyaMengikutcatatan sejarah ,di sini terletaknya pusat pentadbiran dua kerajaan lama berusia ratusan tahun lalu ,iaitu kerajaan Melayu beruas dan Gangga Negara.Malahan menurut pengkaji sejarahkedua-dua kerajaan Agung yang bertapak kira-kira 600 tahun dahulu di percayai telah wujud lebih awal lagi daripada kerajaan melayu melakaKewujudan Kerajaan Melayu Beruas dan Gangga Negara itu boleh di lihat berdasarkan kesan sejarah peningglannya yang masih wujud di beberapa kawasan sekitar Beruas malah banyak artifak purba di temui penduduk Kesan tinggalan itu juga menujukkan pusat pentadbiran kerajaan Beruas terletak di kampung kota,kira-kira 3 kilometer dari pekan beruas.Selain itu Kampung Kota ini juga di kenali sebagai Kota Kulit Kerang yang mana di situlah terdapatpintu gerbang Kerajaan Melayu Beruas yang di lengkapi kota yang di bina dari tanah bercampur kulit kerang.Kota kulit kerang ini juga di katakan sebagai lokasi kerajaan purba Beruas yang wujud sezaman dengan Melaka.info dari: Pejabat Ketua Penerangan Negeri Perak
Wednesday, August 15, 2012
Salam Raya -Sofazr,Isma & Zul 2by2
sudi-sudikan mendengar irama aidilfitri dari isma,sofazr dan zul2by2....
Tuesday, August 7, 2012
Kumpulan Asli Sri Mawar & Isma AF7
Kumpulan Asli Sri Mawar di tubuhkan pada tahun 1998 di ketuai oleh En Ismail dan di barisi oleh 7 orang pemuzik di mana sehingga tahun ini kumpulan ini masih mengekalkan ahli yang sama.mereka terdiri daripada pemain akordian,violin,mandolin,gendang,bass,
keyboard dan gitar dan penyanyi utama kumpulan ini adalah Ismaliza.Isma juga merupakan finalis program realiti terkenal Akademi fantasia 7.
Isma berkebolehan menyanyikan pelbagai jenis lagu dan kumpulan ini mengekalkan konsep tradisional komtemprari di mana kumpulan ini banyak mempelbagaikan lagu moden dan juga tradisional.
Subscribe to:
Posts (Atom)














