Mempersembahkan…filem romantik komedi….
“HELLO”
…Inginku mengenalmu…
TAJUK : ”HELLO”
Terbitan : Nusanbakti Corporation
TENAGA PRODUKSI
Penerbit : Ismaliza Ismail
Penolong Penerbit : Aremeer Sofaz
Penyelaras Produksi : Zulkefli Majid
Pengarah : A.R Badul
Pen. Pengarah : Natasya Nasir
Konti : Haziq Armaya
Propmaster : Mohd Faiz Yahya
Propman : Al-Alif
Peng. Produksi : Kamisah Hj Abd Manap
Make up : Mohd Azri Hj Samad
Wardrobe : Fauziah Naseer
: Shah Yusof
: Patmawati Nasir
D.O.P : Kalai
Jurukamera : Husaini Yatim
Gaffer : Peya Muniandy
Asst Gaffer : Magendran
Teknikal : Faizal HIzam Sampol
: Chin / Rahim
Boom : Samad
Jurugegas : Mohd Izwan Zaini
Handy : Wan Shakir Wan Rahim
WATAK/ PELAKON
Fizo Omar sebagai Dr.Shafiq
Dayana sebagai Liza
Tauke sebagai Aki
Along Cham sebagai Ako
Angah sebagai Awang
Isma AF7 sebagai Dr Marina
Herman Tino sebagai Pak Man
Dina Nadzir sebagai Ani
Hasnah sebagai Mak Jah
Acong Sweetchild sebagai Din
Zul 2by2 sebagai Zul
SIARAN AKHBAR
Nusanbakti Corporation Sdn.bhd kini muncul dengan wajah baru dibawah pengurusan baru iaitu Ismaliza ismail (isma af7) dan Ameer sofaz kembali ke lokasi penerbitan Filem seterusnya berjudul ”HELLO”. ”HELLO” adalah Filem Romantik Komedi ringan yg mengisahkan warna warni perjalanan hidup percintaan yang menerapkan pelbagai unsur – unsur positif dan aksi-aksi jenaka sebagai satu pelengkap agenda kehidupan. Filem ini juga merupakan satu idea yang cuba diketengahkan sebagai medium untuk memaparkan kisah kehidupan masyarakat yang berlaku dewasa kini yang penuh dengan warna-warni sesuai di tonton semua golongan. Filem yang berbentuk Romantik Komedi ini akan memulakan pengambaran di sekitar Tanjung Karang bermula 2 November ini. Lokasi seterusnya di Pulau Langkawi dan di sekitar Lembah Klang.
”Hello” diarahkan oleh A.R Badul yang telah mengarahkan beberapa Filem dan Drama komedi popular. Filem ini akan membariskan pelakon-pelakon seperti Fizo Omar, Dayana (Anak Wayang), Along Cham (Raja Lawak), Angah (Raja Lawak), Tauke (Raja Lawak), Nas Adila AF7, Herman Tino,isma af7 dan ramai lagi. Selain mengetengahkan bakat-bakat dan kreteria baru, produksi ini cuba menitik beratkan pelbagai aspek terutamanya dari segi kualiti penghasilannya.
Nusanbakti Corporation sentiasa menginginkan idea-idea baru dalam setiap penghasilan filemnya. Dalam penerbitan Filem khasnya, Nusanbakti Corporation cuba mengetengahkan konsep-konsep yang dapat diterima masyarakat selain mendapat ’rating’ tertinggi dan sekaligus dapat membawa Filem ini seiring dengan Filem-filem popular tanah air.
SINOPSIS
Disebuah kampung tinggal tiga orang jejaka yang sangat terkenal dikalangan orang kampung bernama Ako, Aki, dan Awang. Mereka adalah sahabat baik yang sering menjadi bualan penduduk kampung kerana gelagat dan keletah mereka yang melucukan. Mereka bekerja dengan Pak Man seorang tauke bot penumpang yang berasal dari Jawa.
Suatu hari mereka dikejutkan dengan berita dimana anak bongsu Pak Man akan pulang dari Luar Negara. Pak Man bersama isteri, Mak Jah dan anak sulong mereka Ani sangat gembira dengan berita itu dan meraikan kepulangan anak mereka secara besar-besaran. Ako, Aki, dan Awang yang sebenarnya amat meminati anak bongsu Pak Man itu telah ditugaskan untuk menjemput anaknya di Lapangan terbang. Disitulah terjadinya aksi-aksi yang melucukan dan ragam mereka sehingga mereka dituduh penculik dan hampir ditahan.
Liza berhasrat untuk membuka sebuah klinik di kampung, tetapi telah dihalang oleh bapanya Pak Man yang menginginkan Liza untuk mencari peluang kerja di Bandar. Tanpa membantah Liza akur dengan keputusan bapanya dan pergi ke bandar mencari sahabat lamanya Rohaya. Di Kuala Lumpur, Liza telah bertemu Rohaya tetapi rohaya enggan memberi tempat tinggal kepadanya sehinggalah terjadinya satu tragedi dimana Liza diragut dan menyebabkan dia cedera,hilang arah dan pengsan. Liza telah diselamatkan oleh Shafiq, seorang doktor yang telah lama kematian isteri tetapi sangat setia dengan arwah isterinya dan mempunyai seorang kawan yang bernama doktor marina yang menyimpan perasaan terhadapnya.walaubagaimanapun dr syafiq telah jatuh hati pada Liza kerana Liza mempunyai wajah mirip arwah isterinya Sheila.
Liza tinggal bersama edah adik kandung Dr.Shafiq dan semenjak itulah mereka menyulam kasih . Liza juga dalam diam mencintai shafiq sehinggalah Liza disuruh pulang ke kampung oleh bapanya untuk menghadiri majlis pertunangan. Ako, Aki, dan Awang sekali lagi ditugaskan untuk menjemput Liza di Bandar. Pelbagai ragam serta lawak jenaka mereka yang mencuit hati sepanjang dan setibanya mereka di Kuala Lumpur.
Selepas Liza pulang ke kampung, shafiq yang kebingungan dan tertanya-tanya untuk siapakan majlis pertunangan itu dilangsungkan bertekad untuk mencari Liza di kampung dan berhasrat untuk meluahkan perasaan cinta yang terbuku dihatinya. Akhirnya shafiq berjaya bertemu liza dan berterus terang meluahkan cintanya tetapi ditolak oleh Liza atas sebab Liza merasakan Shafiq mencintainya hanya kerana wajahnya mirip Sheila arwah isteri Shafiq.
Bagaimanakah kesudahan kisah cinta mereka? Adakah Sheila akan menerima cinta shafiq semudah itu? Nantikan Kemunculan Filem “Hello”.....
WATAK PERWATAKAN
Dr.Shafiq(fizo Omar)
Berumur lingkungan 30-an . Kacak bergaya, seorang bertanggungjawab dan suka menolong orang. Walaupun seorang yang terpelajar tetapi beliau seorang yang merendah diri dan menghormati orang tua. Isterinya sudah meninggal dunia tetapi tetap setia dan akhirnya telah jatuh hati pada Liza.
Liza-(Dayana anak Wayang)
Umurnya lingkungan 20-an. Cantik, bergaya serta mengikut peredaran masa. Berkelulusan tinggi tetapi sangat peramah dan baik hati. Beliau juga amat mencintai Dr.Shafiq tetapi hanya memendam perasaan. Anak bongsu kepada Pak Man.
Pak Man-(Herman Tino)
Umurnya pertengahan 50-an. Kacak dan matang. Seorang bapa yang sangat bertanggungjawab. Beliau mempunyai isteri bernama Mak Jah dan dua orang anak perempuan Ani dan Liza. Pak Man seorang yang tegas tetapi amat menyayangi isteri dan anak-anaknya.
Ako-(Angah Raja Lawak)
Umurnya lingkungan 20an , seorang yang kelakar ,seorang budak kampung dan merupakan salah seorang pemuzik pak man.ako selalu memberi masalah pada pak man ,liza dan ramai lagi ketika mereka di kuala lumpur untuk menjemput liza..
Aki-(Tauke Raja Lawak)
Umurnya lingkungan 20an,seorang yang malas,kelakar dan pemuzik pak man yg suka mengampu pak man..seperti ako juga selalu membawa masalah dan juga menaruh hati dengan liza
Awang-(Along Raja Lawak)
Umurnya lingkungan 20an ,seorang yang blur juga pemuzik pak man di kampung,awang selalu berangan untuk memiliki liza,,namun selalu di bayangi ani
Ani-(Dina Nazhir)
Anak Sulong kepada Pak Man. Amat meminati muzik Jawa yang diturunkan oleh bapanya. Ani seorang yang periang, tetapi agak kalut dalam melakukan sesuatu perkara dan kurang diminati oleh orang sekelilingnya. Menyimpan hati pada Ako,Aki dan Awang.
Dr Marina-(Isma AF)
Kawan kepada Dr Syafiq bekerja di hospital yg sama dengan dr Syafiq dan dalam masa yang sama menaruh hati terhadap dr Syafiq dan sanggup mengenepikan perasaan nya demi melihat dr Syafiq bahagia
namaku salah..............
ReplyDeletesiapakah penulis cerita ini?
ReplyDelete